Tuesday, 10 March 2015

makanan yang mampu membantu kita berhenti merokok.

seorang perokok memang sukar untuk berhenti, tetapi disini terdapat makanan yang mungkin membantu anda behenti merokok


1. Saderi, Lobak & Timun Selain
zat yang ada dalam ketiga-tiga sayuran ini, ia juga bertindak sebagai penghalang untuk si perokok. Tekstur rangup dalam sayuran ini membantu mengurangkan keinginan anda untuk merokok. Selain itu, ia juga membuatkan rasa rokok menjadi kurang sedap. 

2. Susu 
Apabila kita berhenti merokok, bibir akan hilang rasa kenyalnya dan automatik bibir menjadi lebih gelap daripada biasa. Kajian menunjukkan dengan meminum segelas susu, ia mampu membantu menghidupkan kembali kelazatan pada bahagian bibir. Jika anda penghisap rokok, kemudian meminum susu, pasti rasanya kurang sedap. Jadi jika anda ada keinginan untuk merokok, cuba alih perhatian anda dengan minum segelas susu agar nafsu rokok akan terbantut. 

3. Brokoli Brokoli 
merupakan sayuran yang bermanfaat bagi perokok. Jenis sayuran ini mengandungi sulforaphane yang bertanggungjawab untuk melindungi paru-paru daripada racun.

 4. Serat buah-buahan 
Merokok secara terus menerus dapat mengurangkan vitamin C dalm tubuh badan. Ini kerana, nikotin akan menyerap sekaligus menjadikan tubuh tidak sihat. Untuk itu, anda perlu memperbanyakkan pengambilan buah-buahan seperti oren dan lemon

 5. Epal 
Merokok memberikan banyak racun dalam darah dan menyebabkan berbagai penyakit. Makan epal setiap hari dapat memerangi racun tersebut. Epal mengandungi banyak air yang membantu mengeluarkan racun dalam tubuh. Tekstur rangup epal juga dapat mengurangkan keinginan untuk merokok



 6. Bawang Putih dan Halia 
Kedua bahan ini membuatkan masakan bertambah lazat. Rasa panas daripada bawng putih dan halia mampu membantu menyahkan racun-racunyang ada daripada perokok. bawang putih dan halia dapat membantu dalam menjaga aliran darah dan tekanan ketika anda sedang berusaha untuk berhenti dari merokok. 


7. Makanan Herbal 
Tumbuh-tumbuhan seperti rosemary dapat mengurangkan kecenderungan untuk merokok. 



8. Madu 
Madu dapat melepaskan glukos ke aliran darah. Madu juga memiliki anti oksidan yang membantu untuk menghilangkan racun dalam tubuh.


9. Kayu manis Jika rokok adalah rakan yang kurang sihat, maka lain pula dengan kayu manis. Jika anda menghidu aroma kayu manis, ia juga seakan ketagih seperti rokok. Jadi hidulah selalu kayu manis kerana ia mampu menenangkan saraf dan otak.


 Selamat Mencuba. kalau tak boleh juga, di minta berjumpa dengan pakar , dan mintak nasihat beliau.


sumber: UmmiAdni

No comments:

Post a Comment