Monday 17 August 2015

Badan Dan Wajah Persis Model,Tukang Cuci Tarik Perhatian Masyarakat

Wajah Persis Model, Tukang Cuci Tarik Perhatian Masyarakat

Selepas kisah penjual taufu fa di Taiwan yang mendapat perhatian dunia kerana memiliki badan umpama seorang model, kini foto seorang tukang cuci pula menjadi viral.

Tukang cuci wanita yang berasal dari Brazil itu menjadi kegilaan ramai lantaran memiliki bentuk badan dan juga wajah persis seorang ratu cantik!


Rita Mattos, 23 yang menjadi popular di kalangan netizen itu bagaimana pun menyelar masyarakat kerana bersikap pilih kasih atau prejudis terhadap tukang cuci lain yang tidak memiliki wajah cantik.

"Masyarakat selalu berasa terkejut melihat seorang gadis cantik bekerja sebagai seorang tukang cuci. Mereka mengatakan saya boleh mendapat kerja lain yang lebih baik.

"Mengapa harus mengaitkan tukang cuci dengan wajah yang buruk? Saya anggap ini sebagai satu prejudis terhadap mereka," ujar Rita menerusi akhbar di Brazil.



(Sumber foto: Mirror UK)


Wanita ini sangat berbangga dengan pekerjaannya sebagai tukang cuci . Walaubagaimana pun, Rita mengambil komen positif tentang dirinya untuk menaikkan taraf kehidupannya pada masa hadapan.

1 comment:

  1. Saya dan keluarga memulangkan kepunyaan kamu citopaneh.blogspot yang ada pada kami

    ReplyDelete