Thursday, 30 April 2015

Gempar !!! Punca Sebenar 133 Orang Askar Wanita Amerika Hamil Di IRAQ Didedah !!! Gagak Hitam Add Comment Friday, 10 April 2015 Perang di Iraq oleh Amerika masih tinggal sisa-sisa. Walaupun kerajaan Saddam tumpas, kini masih ada askar Amerika di sana.... Askar wanita yang akan ke Iraq diarahkan Kementerian Pertahanan Amerika supaya membawa kondom. Ini kerana berlaku peningkatan kehamilan yang agak mebimbangkan semasa misi ketenteraan. Ada juga iklan di dalam sebuah majalah tentera memberi amaran kepada askar wanita supaya mengambil perlindungan kerana terdapat 50 lelaki untuk setiap wanita.... Peraturan ketenteraan di Amerika melarang askar mengadakan hubungan di kawasan perang. Namun menurut cerita dari pegawai tentera, larangan itu diabaikan sekiranya hubungan itu berlaku antara askar berpangkat yang sama (same rank) dan juga jika tidak mendatangkan kesan kepada operasi. Inilah punca sebenarnya selain ratio 50 lelaki untuk 1 wanita... Statistik yang dikeluarkan menunjukkan 133 askar wanita hamil di Iraq daripada Januari 2003 hingga tahun lepas..

Gempar !!! Punca Sebenar 133 Orang Askar Wanita Amerika Hamil Di IRAQ Didedah !!!

Perang di Iraq oleh Amerika masih tinggal sisa-sisa. Walaupun kerajaan Saddam tumpas, kini masih ada askar Amerika di sana....

Askar wanita yang akan ke Iraq diarahkan Kementerian Pertahanan Amerika supaya membawa kondom. Ini kerana berlaku peningkatan kehamilan yang agak mebimbangkan semasa misi ketenteraan. Ada juga iklan di dalam sebuah majalah tentera memberi amaran kepada askar wanita supaya mengambil perlindungan kerana terdapat 50 lelaki untuk setiap wanita....

Peraturan ketenteraan di Amerika melarang askar mengadakan hubungan di kawasan perang. Namun menurut cerita dari pegawai tentera, larangan itu diabaikan sekiranya hubungan itu berlaku antara askar berpangkat yang sama (same rank) dan juga jika tidak mendatangkan kesan kepada operasi. Inilah punca sebenarnya selain ratio 50 lelaki untuk 1 wanita...

Statistik yang dikeluarkan menunjukkan 133 askar wanita hamil di Iraq daripada Januari 2003 hingga tahun lepas..

Misteri Teknologi Zaman Nabi Nuh Yang Disorok...!!!!

Misteri Teknologi Zaman Nabi Nuh Yang Disorok...!!!!

nabinuh1
Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahanFiraun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas. Firaun-firaun Mesir hanyalah membaik pulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka. Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi ia terlalu lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia. Anda boleh tonton filem 10000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini. Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.
10000bc-mammoth-pyramids
10000bc-1
Gambaran kerja pembinaan piramid [filem 10 000 BC]
Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit, dan mengarah tepat ke arah kiblat. Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan. Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid? Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit. Piramid Mesir adalah petunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah petunjuk arah ke Baitul Makmur di langit. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia. Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.
Tidak percaya?. Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum berlakunya banjir besar di zaman Nabi Nuh. Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara. Setiap rumah terdapat sistem komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi. Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir besar melanda seluruh dunia. Tidak, tidak sama sekali. Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia, haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih. Di sini kita dapat mengetahui bahawa ‘profesion’ Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal.
kapal-nabi-nuh
Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang? Fikirkan. Seratus (100) orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera Nabi Nuh teramatlah sedikit. Malahan pula, para pengikut Nabi Nuh as terdiri daripada orang miskin yang lemah dan melarat sahaja. Nabi Nuh juga telah membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja). Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada juga pengkaji Barat yang mendakwa bahawa, Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing. Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya. Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.
Masih tidak percaya?. Jika kita lihat pada kronologi kemajuan manusia, kita boleh melihat logik atau tidak kenyataan ini. Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi. Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup. Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa? Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh. Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun), maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar.
mohenjo-daro-nuclear-effect
Mayat bergelimpangan di Kota Kuno Mohenjo-Daro mengandung radioaktif
Maka jika berfikir seperti ini, kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO. Peperangan juga melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa.
Tetapi adakah semua kemajuan itu berguna berguna apabila tibanya bala bencana? Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah SWT setelah hanyut dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan. Manusia ketika itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan. Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini. Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar. Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan berhala yang mereka pertuhankan. Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering keluar di media-media antarabangsa.
baghdad_battery
Bateri Baghdad yang ditemui oleh ahli arkeologi Austria
Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini. Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua, bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja. TIDAK SAMA SEKALI. Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik. Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD, CD-RW, DVD, DVD-RW atau sebagainya) di China.
Masih lagi tak percaya? anda boleh ke web ini
Web yang mengumpulkan misteri yang tak terungkai disebabkan kita yang percaya kitalah masyarakat paling moden.
cakera-purba
 Carkera padat purba yang ditemui di China
Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Oklo, Afrika! Apakah maksud semua ini? Berapa umur Bumi sebenarnya? Berapa umur umat manusia sebenarnya?. Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan kajian Barat (buku rujukan sejarah di Malaysia banyak merujuk kepada sumber Barat) yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason. Mereka sebenarnya mempunyai sebab untuk mengelirukan umat manusia. Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat bayangkan.
okloafricaancientnukereactor
Maka setelah Banjir Besar, para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih mereka ditelan banjir. Mereka kembali menjadi orang gua dan mula berburu, bercucuk tanam dan mengail ikan.
atlantis-ancient
Seperti yang dirakamkan di dalam Al-quran:
Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.
Qs.Al-An’am: 6
Di waktu-waktu malam mereka mungkin berkumpul di tepi unggun api sambil mendengar cerita orang-orang tua dikalangan mereka mengenai kehidupan moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti menaiki bas dan komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang pernah menaiki kereta. Mereka juga mungkin menceritakan bangunan-bangunan tinggi dan komputer.
nabinuh11
Betapa kukuhnya binaan bahtera Nabi Nuh as ini, hinggakan binaan asalnya masih kukuh hingga kini. Gambar diatas (atas sekali) adalah satu sudut dalam bahtera Nabi Nuh, manakala gambar dibawah pula ialah bahan besi yang diperolehi daripada struktur bahtera tersebut. Gambar tersebut diiambil setelah kumpulan arkeologi dari Turki dan China berjaya memasuki bahtera Nabi Nuh as yang terdampar di puncak Gunung Ararat di Turki.

Tuesday, 28 April 2015

Sedih! Nenek tua yang kehausan diberi minum arak

Kasihan, Nenek Kehausan Ini Malah Diberi Minuman Keras

Patria Sebrano 

Malang betul nasib nenek terlantar ini, ketika lagi kehausan dan membutuhkan minum air putih, nenek ini malah diberi minuman keras oleh sekelompok anak muda.

Perempuan tua bernama Patria Sebrano, asal kota Manila, Filipina itu diduga ditelantarkan oleh keluarganya. Saat ditemukan, kondisinya tidak terawat, rambut beruban acak-acakan, tanpa alas kaki, dan bagian leher dan rok terlihat kucuran darah, demikian dilaporkan Viral4real.

Dia mengaku bahwa dirinya tersesat, dan tak tahu arah jalan pulang. Dia juga mengaku sudah beberapa hari terlantar dan tak membawa bekal apapun kecuali daster yang dipakainya.

Patria mengatakan bahwa bercak darah yang ada di dasternya akibat terjatuh saat sejumlah orang memberikannya minuman yang diyakini alkohol.

"Saat itu aku haus, ada sejumlah pria sedang berkumpul, waktu itu aku haus dan aku dekatilah mereka," kata Patria.

"Mereka sangat baik karena aku diberikan minuman, namun setelah aku minum kepalaku pusing," tambah Patria.

Seorang pria bernama Maricel Lontoc mengatakan bahwa kondisi nenek itu sangat memprihatinkan. Maricel juga menawarkan makanan dan uang, namun nenek itu menolaknya karena trauma. Ketika ditanya di mana alamatnya, nenek itu menjawab tidak tahu.

sumber: Tribunnews.com

(Gambar)Kisah Pembunuh Yang Paling Kejam dan Wanita Paling Kejam

(Gambar)Kisah Pembunuh Yang Paling Kejam dan Wanita Paling Kejam

http://4.bp.blogspot.com/-sRcQROtP8jY/T3-F9friSlI/AAAAAAAABy0/QsvotDSGVqE/s400/gambar+pembunuh+bersiri.jpg

Gambar terbaru banduan paling digeruni, Charles Manson yang dipenjara selama 40 tahun kerana terlibat dalam satu siri pembunuhan kejam telah didedahkan oleh pihak berkuasa penjara California kelmarin. Manson yang berusia 77 tahun dikatakan akan menghadiri perbicaraan parol yang baharu pada Rabu depan.
Gambar itu menunjukkan dia kelihatan tidak kemas dengan rambut beruban dan berjambang. Dia juga masih mempunyai tatu sawastika pada dahinya.
“Kali terakhir dia menghadiri perbicaraan parol ialah pada Mei 2007. Dia kemudian tidak diberi parol selama lima tahun,” kata seorang pegawai, Terry Thornton dari Jabatan Pemulihan California.
Manson merupakan salah seorang banduan paling digeruni di Amerika Syarikat. Dia dipenjarakan di penjara negeri Concoran, 300 kilometer dari Los Angeles.
Pada tahun 2007, dia dinafikan untuk mendapat parol buat kali ke-11.
Dia pernah mengetuai satu kumpulan ajaran sesat dan merancang plot pembunuhan di kawasan perumahan mewah yang dihuni oleh penduduk kulit putih sebelum menyatakan jenayah itu dilakukan oleh penduduk Afrika-Amerika.
Manson dikenakan hukuman mati kerana peranannya membunuh tujuh orang mangsa termasuk isteri pembikin filem Roman Polanski, Sharon Tate yang hamil pada Ogos 1969.
Namun, hukuman itu ditukar kepada penjara seumur hidup selepas hukuman mati diharamkan di California pada tahun 1972

Dalam dunia ni banyak sungguh ragam manusia hinggakan ada yang sanggup menjadi pembunuh semata-mata kerana hendak memuaskan nafsu atau memenuhi agenda mereka tersendiri. Dulu kat Malaysia pun ada gak yang bersiri ni tapi perogol bersiri. Pembunuh bersiri kat Malaysia mungkin ada kot cuma aku terlepas pandang. Jadi nak tahu 10 pembunuh bersiri yang paling ditakuti? 
1.Pedro Alonso Lopez 
Dia ni yang berasal dari Colombia telah membunuh dengan kejam 300 orang dan digelar 'Monster of Andes. Disahkan gila tapi.... masih menghilangkan diri.
2.Harold ShipmanDia ni pula berasal dari United Kingdom yang menyamar sebagai doktor dan membunuh mangsa seramai 250 orang dengan menyuntik suntikan maut Diamorphine.
3.Luis GaravitoSeorang lagi pembunuh bersiri dari Colombia yang telah membunuh 138 orang. Dia ni mebunuh remaja lelaki dan digelar 'The Beast'. Telah ditahan pada 1999. 

4.Henry Lee LucasTerlibat dengan 100 pembunuhan di US yang melibatkan perempuan serta digelar 'Otis Toole'. Dah mati dalam penjara.
5.Andrei ChikatiloTelah membunuh 53 wanita dan 3 kanak-kanak. Telah digantung sampai mati pada 1990 di Rusia. Gelaran diberi 'The Red Ripper'.

6.John Wayne GacyPembunuh bersiri dari US ni dari tahun 1972-1978, digelar 'Killer Clown' telah membunuh 33 lelaki. Telah dikenakan hukuman mati.
7.Ted BundyTelah merogol dan membunuh seramai 30 wanita di Amerika. Menggunakan ketampanan sebagai umpan untuk membunuh mangsa. Mempunyai penyakit Necrophilia iaitu obses terhadap gangguan seksual.
8.Jeffrey DahmerTelah membunuh 17 lelaki dan ditemui mati di dalam penjara pada 1994.
9.Richard RamirezBerasal dari Mexico dan telah mebunuh 14 orang. Diberi gelaran 'Night Stalker'.
10.Dennis RaderDigelar BTK Killer (Blind Torture Kill) telah membunuh 10 orang di Amerika.
YOO Yuong-Cheol antara nama paling diingati dalam sejarah Korea. Dia bukan selebriti atau tokoh negarawan yang banyak menyumbang kepada negara sehingga namanya meniti di bibir penduduk, terutama di Seoul.
Sebaliknya, dia sangat dikenali kerana menjadi antara penjenayah paling kejam di negara itu selepas didakwa melakukan 21 pembunuhan bersiri dan memakan organ sebahagian mangsanya. Melakukan pembunuhan sekitar 2003 hingga 2004, lelaki berjiwa ganas itu mensasarkan pelacur wanita serta warga emas daripada kumpulan elit dan kaya.
Alasannya kerana wanita tidak seharusnya menjual harga diri dengan menjadi pelacur dan kebanyakan orang kaya yang dibunuhnya pula perlu bertanggungjawab dengan apa yang mereka lakukan hingga mampu menjadi kaya sedangkan yang miskin terus miskin dan ditindas.
Bagaimanapun, sejarah jenayah dilakukan Yoo dikatakan bermula pada 1988 iaitu ketika dia berusia 18 tahun.
Ketika itu dia banyak terbabit dengan kes curi hinggalah ditangkap pada 1991 dan dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan.

Selepas dibebaskan Yoo dikatakan berazam membuang tabiat mencuri dan setahun kemudian, iaitu pada 23 Jun 1993, dia berkahwin dengan gadis yang mula dikenali selepas tamat tempoh hukuman dengan tujuan membina hidup baru.

Bagaimanapun, baru tiga bulan mendirikan rumah tangga, dia sekali lagi ditangkap pihak berkuasa ketika mencuri di pasar raya dan dipenjara selama lapan bulan.

Mungkin disebabkan hukuman itu ringan, selepas berehat daripada melakukan aktiviti mencuri, dia pada 1995 ‘terjun’ kepada aktiviti jenayah lain, kali ini membabitkan penjualan bahan lucah secara haram dan menggunakan identiti palsu sekitar 1995 hingga 1998.

Disebabkan itu dia dipenjara selama dua tahun, namun tempoh hukuman itu juga tidak memberi pengajaran kepadanya kerana dia mengambil peluang ‘berguru’ dengan pelbagai banduan di situ.

Yoo dibebaskan pada pertengahan 2000 dan selepas empat bulan dibebaskan dia menjadi semakin berani apabila merogol seorang kanak-kanak berusia 10 tahun.

Kerana perbuatan itu dia dipenjara selama tiga tahun dan disebabkan banyak melakukan jenayah dan sering keluar masuk penjara, isterinya memohon perintah mahkamah untuk bercerai dengan alasan tidak tahan bersamanya dan malu.

Pada 11 September 2003 Yoo dibebaskan selepas selesai hukuman dan bermula detik itulah dia dikatakan mula terbabit dengan jenayah ganas hingga sanggup membunuh dan memakan organ mangsanya.

Mangsa pertamanya pada 1 September 2004 apabila dia disyaki membunuh pasangan suami isteri warga emas dikenali sebagai pasangan Gangnam-gu, masing-masing berusia 72 dan 67 tahun.

Leher si suami ditikam dengan objek tajam sebelum kepala kedua-dua pasangan terbabit dihentak dengan tukul besi seberat empat kilogram yang biasanya digunakan untuk memecahkan tembok.

Mayat kedua-dua mangsa ditinggalkan bergelimpangan di rumah sebelum dijumpai anak mereka keesokan hari.

Bagaimanapun, pihak berkuasa gagal menjumpai bukti pembunuhan berikutan mangsa dipercayai membuka pintu rumah untuk suspek masuk.

Tiga warga emas kaya pula dibunuh ketika beristirehat di halaman rumah pada 2 Oktober. Disebabkan corak pembunuhan menggunakan tukul besi, polis percaya ia angkara suspek sama.

Yoo didakwa melakukan tiga pembunuhan membabitkan warga emas daripada golongan kaya sebagai mangsanya sehingga 18 November.

Pada 11 Disember 2004, seorang perempuan yang menawarkan diri sebagai teman sosial kepada Yoo menjadi sasaran.

Dia dikatakan meradang apabila pelacur terbabit memaki dan menghalaunya apabila dia menceritakan jenayah dilakukannya. Selepas menumbuk dan menghempas mangsa beberapa kali di jalan raya, Yoo mengheret mayat mangsa ke belukar lalu membakarnya.

Kerana marah yang meluap-luap, dia mencungkil badan wanita berkenaan dengan pisau dan mengeluarkan hatinya sebelum memakannya.

Dia hanya ditahan selepas dua hari melakukan satu pembunuhan apabila seorang saksi memaklumkan pihak berkuasa dia ternampak Yoo bersama seorang pelacur berusia 24 tahun yang mati dibunuh.

Yoo orang terakhir dilihat bersama pelacur berkenaan dan hasil tangkapan itu polis berjaya menyelesaikan 20 kes pembunuhan manakala satu lagi terpaksa digugurkan berikutan tiada bukti.

Sebanyak 20 mangsa iaitu lapan warga emas dibunuh Yoo sementara baki 12 lagi adalah wanita yang menjadi teman sosial serta pelacur jalanan.

Malah dalam temuramah bersama stesen televisyen, Yoo memaklumkan, setiap mayat gadis teman sosial serta pelacur yang menjadi mangsanya dibakar sebelum dia memakan sebahagian hati dan jantung mangsa.

Bagaimanapun, ada laporan lain mengatakan dia membenci wanita disebabkan isterinya meminta cerai.

Kes perbicaraan Yoo masih diteruskan berikutan tiada keputusan dicapai, terutama apabila banyak pihak inginkan dia dihukum mati, sedangkan hukuman terbabit tidak dipraktikkan di Korea sejak 1977.
INFO
NAMA: Yoo Young-Cheol atau dikenali sebagai Yoo Young-ChulUSIA: 39 tahunLAHIR: 1970 di Seoul, KoreaFAKTA KES: Didakwa atas kesalahan melakukan 21 pembunuhan bersiri sekitar 2003 hingga 2004. Selain membunuh, Yoo memakan sebahagian daging mangsa yang dibakarnya, terutama hati dan jantungSTATUS KES: Ditahan pada Julai 2004. Kesnya masih dibicarakan berikutan banyak pihak menyokong supaya dia dijatuhkan hukuman mati, sedangkan hukuman terbabit tidak dilaksanakan di Korea sejak 1997.

5 WANITA TERKEJAM DI DUNIA (10 GAMBAR)

Tangan yang menggoncang dunia, istilah yang paling baik untuk membuktikan wanita mampu berbuat apa sahaja. Yang kami paparkan adalah 5 wanita yang paling kejam dalam sejarah dunia. Kalau ikut kami antara wanita jahat di dunia adalah isteri Abu Lahab kerana terpateri namanya dalam Al-Quran. Tapi kami paparkan beberapa lagi nama lain yang amat terkenal.
Enjoice

5. Myra Hindley

Myra Hindley ini dilahirkan pada tahun 1942 dan merupakan seorang pembunuh bersiri di Amerika Syarikat. Myra dan rakannya, Ian Brady telah menculik dan merogol 5 kanak-kanak yang termasuk penderaan seksual dan pembunuhan 3 kanak-kanak berumur 12 tahun dan dua remaja berumur 16 dan 17 tahun. Pembunuh bersiri ditangkap hasil maklumat dari adik iparnya dan dia mengaku tidak bersalah atas semua jenayahnya. Dia kemudiannya dipenjarakan dan mati dalam penjara pada tahun 2002.

4. Isabelle of Castille

Dilahirkan pada tahun 1451 dan meninggal pada tahun 1504, Ratu bagi daerah Castille, Sepanyol ini adalah pencetus pada penghapusan orang Islam dan Yahudi di Sepanyol. Ratu ini juga merupakan orang yang bertanggungjawab membantu Christopher Columbus dalam misi pelayarannya. 

3. Katherine Knight

Dilahirkan pada 24 Oktober 1955, dan memegang rekod orang pertama di Australia yang dipenjara seumur hidup tanpa parol. Raksasa ini pernah menghancurkan gigi bekas suaminya dan pada bekas suami yang lain pula dikelar di bahagian leher dan kemudian dia mencungkil mata suaminya itu. Ini dipanaskan lagi apabila suaminya yang lain pula memfailkan dakwaan keganasan ke atas Katherine ini. Namun itu tidak berpanjangan apabila Katherine terus membunuh suaminya itu dengan 37 tikaman yang mengenai tepat kepada organ dalaman yang penting. Dia kemudiannya menyiat kulit suaminya dan dijadikan seperti sehelai pakaian dan digantung di hadapan rumah. Beliau kemudian memasak kepala, punggung untuk diberikan kepada anak-anak jirannya

2. Elizabeth Bathory

Dilahirkan pada 1560 dan mati pada 1614. Dengan pangkat Countess, dia juga merupakan golongan bangsawan di dalam kerabat Hungary. Dia merupakan pembunuh bersiri dan jumlah pembunuhan yang beliau telah lakukan masih tidak dapat dipastikan hingga ketika ini. Dia digelar Blood Countess dan dia tidak pernah dipenjarakan kerana kedudukannya yang sangat tinggi. 

1. Mary Ann Cotton

Pembunuh bersiri pertama Britain ini membunuh ahli keluarganya sendiri menggunakan racun arsenik. Mary Ann yang dilahirkan pada 1832, berkahwin dan dikurniakan 5 cahaya mata. Namun 4 daripadanya mati akibat kegagalan usus dan perut kerana racun arsenik ini, Kemudiannya dia berpindah ke kawasan lain dan dikurniakan lagi tiga cahaya mata namun ketiga-tiganya turut mati akibat penyakit yang sama. Suaminya turut mengalami akibat yang sama dan Mary telah menuntut insurans atas kematian suaminya itu. Mary Ann kemudian berkahwin lain dan dikurniakan dua cahaya mata dan satu daripadanya mati akibat yang sama, keracunan arsenik. Mary Ann kemudian ditangkap dan dihukum gantung.
Dalam ni admin nak share gambar-gambar mengenai jenayah yang tak sepatutnya maksud aku memang tak patut. dan telah menjadi kontrovesi dimana foto-foto ini telah hilang di dalam fail FBI.

Dibunuh dengan menggunakan kapak, Abby Borden, ibu Lizzie Borden terkenal kerana beliau meninggal seperti bersujud.

Roman Polanski duduk di luar rumah dimana isteri beliau yag mengandung iaitu pelakon Sharon Tate dan empat anak yang lain telah dibunuh oleh ahli keluarga Manson. Perkataan "BABI" dilihat tertulis di pintu.

Semasa pembunuhan Sharon Tate sedang berlaku, kelihatan ahli keluarga Charles Manson sedang bercakap dengan pemberita sebagai polis.

Rusia Andrei pembunuh bersiri Chikatilo, disabitkan daripada 52 pembunuhan, menggunakan pisau untuk menunjukkan kepada polis bagaimana kaedah beliau membunuh..

Ini adalah gambar video litar tertutup yang merakam Eric Harris dan Dylan Klebold dalam kafeteria di Sekolah Tinggi Columbine sejurus sebelum mereka membunuh diri..

Barrow Blanche, adalah kakak kepada Clyde Barrow iaitu peguam terkenal , ditangkap oleh polis atas kesalahan membunuh suami beliau.

Polis memeriksa badan Bonnano jenayah keluarga bos Carmine "Lilo" Galante, yang telah dibunuh oleh geng mafia sambil menjamu selera di restoran Brooklyn.

Keliahtan Dua burung hinggap di atas pagar di Jonestown, di mana lebih 900 ahli Kultus Rakyat Kuil melakukan pembunuhan diri beramai-ramai.

Anggota tentera membawa mayat mangsa Jonestown dari helikopter.

Mugshot Martin Luther King telah diambil selepas dia ditangkap pada tahun 1956 Montgomery di bas sekolah.Gambar ini tidak ditemui sehingga 2004, ia masih tidak jelas bila dan oleh siapa notasi "4-4-68 DEAD" telah ditambah.
- See more at: http://www.onesantanblogs.com/2012/11/blog-santan-wtf-foto-foto-di-lokasi.html#sthash.Wm64SzyA.dpuf
Hah.. korang bila baca tu jangan pulak nanti kalau cikgu tanya nak jadi apa? Korang pulak jawab nak jadi pembunuh bersiri. Aku buat 'post' tu supaya korang jadikan sempadan dan berwaspada. Dalam dunia banyak cobaannya. Jangan mudah terperdaya dengan ketampanan, sifat baik, kelakar atau mudah tertipu dengan luaran seseorang. Sentiasa mengamalkan sifat berwaspada dan berhati-hati dalam kehidupan. Ajar anak-anak kita supaya jangan bercakap dengan orang asing dan sebagainya. Mencegah lebih baik dari mengubati.....