10 Penjara Terdahsyat Di Dunia Part 1
Penjara
Kini kadar peningkatan jenayah di negara kian meningkat umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Pembunuhan, pengedaran dadah, pelacuran, rompakan dan segala jenis jenayah kini semakin bermaharajalela di muka bumi ini tanpa mengenal usia mahupun jantina. Baik lelaki mahupun wanita, masing-masing mempunyai kemungkinan untuk terlibat dalam jenayah.
Ungkapan “Penjara” atau “Hukuman” tidak lagi menggugatkan jiwa manusia daripada melakukan jenayah. Masing-masing terleka dengan dunia dan keseronokan hasil daripada perbuatan yang menyalahi undang-undang sehinggalah mereka tertangkap. Penyesalan selepas itu tidak ada gunanya apabila mahkamah mensabitkan mereka dengan kesalahan yang mereka lakukan sehingga akhirnya mereka terpaksa meringkuk di dalam penjara yang merampas segala kebebasan.
Penjara merupakan antara tempat yang amat digeruni bagi mereka yang bergelumang dengan jenayah terutama jenayah kelas pertama. Pembunuh, perogol, dan pengedar dadah akan berdepan dengan hukuman berat atau mati jika sabit kesalahan. Catatan sejarah pernah membuktikan seorang penjenayah paling dikehendaki di Malaysia pada zaman 1970-an, Wong Swee Chin atau Botak Chin dijatuhkan hukuman mati atas jenayah yang dilakukan di Penjara Pudu. Namun begitu, tidak ramai masyarakat yang mengambil iktibar daripada rentetan kes jenayah yang dilakukan oleh Botak Chin.
Kini Dunia Maklumat tampil dengan mengemukakan kepada para pembaca 10penjara terdahsyat dan tersadis di dunia:
10-Penjara San Quentin, California
Pada tahun 1930-an, Penjara San Quentin dipenuhi dengan rasuah yang melibatkan pihak pengurusan penjara sehinggalah ketibaan pengarah baru, Clinton Truman Duffy. Terkejut dengan keadaan yang tidak berperikemanusiaan di situ, Clinton Truman Duffy memutuskan untuk membuat pembaharuan di Penjara San Quentin pada tahun 1940-an. Sebelum perlantikan beliau, para banduan dipaksa membuat wang palsu di tempat kerja di penjara. Kepala mereka dicukur dan mereka dipaksa memakai pakaian seragamyang mempunyai nombor. Mereka dipaksa makan di dalam baldi dan dikurung di dalam sel konkrit yang mempunyai ruang udara yang sikit dan tidak mempunyai cahaya secara bersendirian. Sedikit perlanggaran terhadap peraturan penjara mampu menghumbankan mereka ke dalam solitary confinement cell. Rusuhan perkauman sering berlaku mampu meragut nyawa para penghuninya. Sehinggan kini, Penjara San Quentin masih lagi mempunyai persekitaran yang keras, penuh dengan penjenayah yang paling ganas di sekitar California. Pengawal penjara yang keras diletakkan hasil daripada populasi penduduk awam hanya mampu mengawal sistem penjara daripada bertindak di luar kawalan.
9-Penjara Bang Kwang, Thailand
Dikenali dengan nama “Bangkok Hilton”, Bang Kwang merupakan penjara yang mempunyai pengawal yang tidak ramai dan penghuninya berjuang dengan masalah mental pada bulan pertamaketika kaki mereka dirantai dengan rantai besi. Budaya Thai tidak percaya dengan kata dan layanan, dan menurut Pengarah Penjara, Khun Nattee, “Penjar Thai adalah keras….anda tidak mahu berada di Bang Kwang.” Kekurangan rawatan adalah biasa di penjara ini dan banduan yang sakit diirantai di katil mereka sementara menunggu ubat-ubatan diberikan yang mungkin tidak akan dapat. Sekiranya anda dijatuhkan hukuman MATI MANDATORI di Bang Kwang, kamu akan dapati diri kamu dirantai sehinggalah hari hukuman, dan kamu diberikan notis hukuman 2 jam sebelum mati melalui suntikan maut.
8-Penjara Pulau Rikers, New York
Tikaman, pukulan dan layanan kejam daripada pengawal penjara menggambarkan ciri-ciri penjara Amerika ini. Dipenuhi dengan penjenayah yang terlibat dengan pengedaran dadah, penjara ini menjadi sarang keganasan dan pencerobohan. Pada tahun 2007, seorang banduan, Charles Afflic telah dipukul dengan kejam dengan menggunakan billy club oleh pegawai penjara. Hasil daripada pukulan di belakangnya akhirnya mengakibatkan Charles Afflic memerlukan pembedahan otak. Seramai 6 banduan membunuh diri dengan menggantungkan diri mereka di dalam sel menggunakan kain cadar pada tempoh 6 bulan pertama pada tahun 2003. Penjara Rikers mempunyai reputasi yang menggerunkan. Dengan rawatan yang kejam terhadap pesakit mental, mereka sering beralih untuk membunuh diri daripada menerima rawatan dan pemahaman.
7-ADX Florence Supermax Facility, Colorado
Penjara ini telah dibina hasil daripada tindak balas serangan ganas terhadap pengawal dan kakitangan penjara di AS. Ianya bertujuan untuk menjadi penghalang utama, dan merupakan tempat yang terpencil daripada kakitangan penjara. Banduan ADX hidup dalam keadaan mengalami penyeksaan psikologi perlahan-lahan kerana mereka menghabiskan masa selama 23 jam sehari di dalam sel mereka yang kosong. Banduan ADX merupakan banduan yang paling teruk kerana mereka sering mengulangi kesalahan mereka, iaitu membunuh penghuni yang lain atau mencederakannya atau pengawal penjara. Digambarkan oleh banduan sebagai mimpi ngeri,ianya juga digambarkan sebagai “Bayangan Neraka” di tempat ini. Walaupun ianya diasingkan daripada tempat awam, beberapa langkah yang lain juga telah diambil. Sepanjang operasi selama 13 tahun, 2 banduan telah terbunuh di ADX Florence. Lawrence Klaker, telah ditembak dan cedera sebaik sahaja memasuki penjara ini pada kali pertama. Dia kemudian membunuh diri di penjara ini.
6-Alcatraz Island Prison, San Francisco.
Dikenali dengan nama “The Rock” atau ‘Devil’s Island”, ianya telah dibina pada tahun 1920-an bertujuan untuk menempatkan penjenayah semasa era Great Despression. Kajian menyatakan, kehancuran jiwa,ketidak keselesaan dan pengasingan menjadikan Alcatraz terkenal dengan reka bentuknya yang unik. Penjenayah yang ditempatkan disini gagal melarikan diri. Dengan tidak mempunyai sebarang hubungan dengan dunia luar, disamping juga disiplin yang keras oleh pengawal penjara, serta polisi senyap penjara yang tidak berperikemanusiaan memaksa tahanannya daripada bersuara dalam tempoh yang panjang. Seperti yang dijangka, ianya merupakan seksaan mental dan ramai penghuninya mengalami masalah gila kerana mereka dipaksa dengan beberapa syarat yang ketat tanpa sebarang perbualan mahupun pelepasan emosi. Meskipun telah ditutup pada tahun 1963, legasi penjara ini masih hidup menerusi filem dan lagendanya.
No comments:
Post a Comment