Thursday, 26 March 2015

TERBONGKAR!! Gambar-Gambar Milik Erin Malik Yang 'Hot di Rootz Club Kuala Lumpur

KANTOI !!! Gambar-Gambar 'Lemah Jantung' Milik Erin Malek Di Rootz Club KL








Baru sahaja beberapa hari lalu kami menghidangkan anda semua dengan koleksi foto kemeriahan majlis pernikahan dan persandingan Erin Malek bersama pasangannya, Farriz Fauzy. Inai pun masih di jari lagi tu. 




Erm.. Kalau dilihat daripada wajah dan susuk tubuh, rasanya memang wanita berskirt pendek ala-ala warna krim itu menyerupai Erin Malek. Ke ada pelanduk dua serupa? 

Adakah ini gambar-gambar lama yang sengaja disebarkan demi merosakkan keseronokan Erin Malek yang baru sahaja bergelar isteri orang? 




Bagaimanapun, terlintas juga di fikiran kami adakah foto yang mereka terima ini mungkin sekadar salah satu babak lakonannya sahaja kan. 

Yelah, sejak namanya mula menjadi sebutan menerusi drama Misiku Kuza dan juga sebagai pemenang untuk Fear Factor, Erin sudah pasti menjadi buruan pengarah drama dan filem. 

Semua gambar milik penuh Portal Oh!Media dan tulisan artikel milik penuh Portal Ohbulan.

Tuesday, 24 March 2015

5 antara Artis wanita yang terkaya. Saksikan

belum kahwin, tapi dah kaya, perghh , xpela itu rezeki mereka, ayuh saksikan 5 artis tersebut


Top 5 Artis Wanita Terkaya Malaysia, info, terkini, hiburan, sensasi,

Investor pon mengakui bahawa promosi yang dilakukan oleh 5 artis ini sangat memberi pulangan yang lumayan pada produk mereka dan menguntungkan. Nama besar yang dimaksudkan adalah Najwa Latif , Neelofa, Soo Wincci, Shila Amzah dan Yuna.

Yuna

Rakaman “Shine Your Way” bersama Owl City. menjadi Duta pada syarikat kamera Canon, alat telekomunikasi Samsung Galaxy Note, Maybank, Astro, KakaoTalk, Malaysia Airlines dan kecantikan Olay. Kekayaan beliau juga ditambah lagi dengan konsert Yuna di Istana Budaya yang mendapat sambutan hangat penggemar seni muzik.

Soo Wincci

Soo Wincci


Dianggarkan berpendapatan RM1.5 juta setahun. Dilantik sebagai duta Samsung LED, dan juga duta produk Avon dan kasut XES. Negara taiwan juga turun mengundang beliau untuk melakukan persembahan pentas di sana.
Shila Amzah

Shila Amzah


Anak kepada ND Lala ini menempah nama sebagai yang terkaya apabila mengikat kontrak selama 6 tahun bersama Shanghai Media Group bernilai RM5 juta dan berpendapatan RM2.5 juta setahun. Shila juga mengikat kontrak sebagai duta produk Safi Balqis dan duta Persahabatan Malaysia China dan duta 1Malaysia
Neelofa

Neelofa


Walaupun sudah berhijab, beliau masih dilabel sebagai artis yang kaya di Malaysia dan dijangka berpendapatan RM1 juta setahun. Neelofa adalah duta bagi produk LINE, Avon, Petronas, Fashion Valet, tilam King Koil dan lain-lain. Selain itu Neelofa turut mengeluarkan produk kecantikannya sendiri dan mempunyai keuntungan yang tinggi


Najwa Latif

Najwa Latif

dianggarkan mencapai pendapatan RM1 juta setahun. Najwa adalah duta UNITAR dan memenangi pelbagai anugerah di Malaysia selain membuat persembahan pentas yang besar yang menjadikan beliau ternama dan kaya.


SUMBER:http://bloghiburanterkini.blogspot.com/

HARGA ROKOK NAIK LAGI 1 APRIL NI!!


MUNGKIN DENGAN CARA INI MAMPU BUAT KITA BERHENTI ROKOK. HAHA

Janda punya hal, Isteri Jadi Mangsa

Terlanjur Dengan Janda !!! Isteri jadi Mangsa !!!!!

[KISAH BENAR] 


Dia isteri yang cantik, muda lagi.. NAMUN begitu berat ujian menimpa dirinya, tentang suaminya.. BUKAN buka aib sendiri, sebab baginya, tindakan yang dia ambil perlu untuksemua isteri contohi. AMBIL SEBAGAI PENGAJARAN! Ini kisahnya …Kisah ini diambil daripada isteri tersebut yang di emel kepada Pakar Diari Hati.

Assalamualaikum.. Tolong hide nama saya. saya hanya ingin meluah dan berkongsi. saya ingin isteri2 diluar sana beringat. dan amik pengajaran..

DIA LUPA, ALLAH ITU ADA

saya dan suami kenal dr zaman persekolahan lagi. kami bercinta hampir 8 tahun. Kemudian kami bernikah.Siapa yang tak bahagiakan jika jodoh kekal hingga ke jinjang pelamin.

Dikurniakan rezeki awal, saya bunting pelamin.. makin bertambahlah seri bahagia kami. Pada usia kandungan 5 bln, Allah turunkan dugaan. saya menghidapi appendicitis dan perlu jalani pembedahan.suami menemani saya selepas pembedahan. Semasa cuti sakit, saya sedar perubahan sedikit demi sedikit pada suami saya. Cepat marah, kurang sabar, ambil tak endah tentang saya.suami saya seorg yang baik sebenarnya.solat tak tinggal.. imamkan saya, beri tazkirah selepas solat, alhamdulillah.. tapi dia lupa, Allah itu ada..

tak disangka2, Allah tunjuk petanda. Di FB suami , ada wanita yang tidak saya kenali. saya stalk FB wanita tersebut.terkejutnya saya, status nya semua mengenai rindu dendam pada suami saya.hati isteri mana yang tak hancur luluh. Suami menafikan semua dan kata ada org ingin hancurkan kebahagiaan rumahtangga kami.dia kata mungkin salah seorg bekas kekasihnya.. sbg isteri, saya percaya kata2nya.. tapi dia lupa, Allah itu ada.. Ketika itu kndungan saya 7bulan. lebih mengharukan suami saya sampai bersumpah itu ini.. Dan secara tiba2 dia kembali romantik.

tapi dia lupa, Allah itu ada.. 1malam, saya terbuka hati untuk check hp suami. Inbotak-clear. Sent item-clear. Draft – ……1 msg untuk seseorang.. yang membuktikan mereka ada hubungan.. lagi sekali, hancur luluh hati saya.. saat itu jugak saya tanya suami. Dia diam dan ingin mula solat. saya paksa dia mengaku.. pada mulanya dia katakan wanita itu bekas kekasihnya.dan pernah keluar bersama.

Ya Allah.. terduduk saya semasa mendengar pengakuan. Menangis, mengongoi…macam org gila.ya, macam org gila.. tapi dia lupa, Allah itu ada. Dia ingat saya keluar untuk pergi kerja pada malam itu.tapi tidak. saya terus ke rumah rakan.tanpa ditahan hati saya meluah segalanya.. saya rancang untuk tumpang di rumah rakan sehari dua.dan kami kembali ke rumah saya untuk ambil pakaian.sampai disana, kereta suami tiada.tahulah saya dia keluar berjumpa perempuan tersebut.malam itu juga saya bilik ke rumah mertua. saya cerita kn semuanya.(suami belum pulang ketika itu tapi tahu saya di rumah mertua). Suami call saya dan ckp dia jumpa perempuan tu sebab nk settlekan hal mereka. saya dah tak ambil pusing.mertua pula pujuk saya supaya tak cerita pada ibu bapa saya. saya akur..

Suami pulang pada hampir jam 11mlm. saya dan rakan tunggu di dalam kereta.suami sampai ke terus masuk kereta saya dan terangkan bhw perempuan tu yang gilakan dia.dia mengaku berkawan dan perempuan tu, keluar karaoke, dan mula mengaku bahawa perempuan tu bin lah bekas kekasihnya.tapi janda anak 4!

Ya Allah, kami baru saja 25thn!! Dan katanya, hubungan mereka hanya sekadar kwn. Katanya, dia cuba tinggalkan perempuan tu, tapi tak boleh sbb perempuan tu akan ugut dia untuk beritahu saya rahsia mereka.Bila saya tanya knp tak terus terang, dia bagi alasan sebab takut saya marah.. ya Allah, macamla saya tak marah ketika ini.. saya tak puas ati, saya suruh dia bersumpah smbil pegang perut saya atas nama anak.suami pada mulanya tak setuju.tapi tetap buat dalam keadaan terpaksa.kemudian, kami pulang dan saya mendiamkan diri.. saya masih terasa ada sesuatu yang suami sembunyikan.. betul, suami saya lupa.. Allah itu ada..

Pada subuh hari, saya kejut suami. saya tanya elok2.. saya suruh dia terus terang dan ceritakan segala2nya pada saya supaya perempuan itu tak tambah cerita, tak buat fitnah, tak ugut dia lagi. Suami diam. Dia akhirnya mengaku hubungan mereka sudah jauh. Mereka sudah terlanjur. Bila ditanya berapa kali, sudah 3tak.. Allah….berat sungguh dugaanMu.. bayangkanlah, saya sedang mengandungkn anaknya 7bulan!!

Ketika itu, saya diam.setitik air mata pon tiada.. saya pandang kosong suami saya. saya rasa cinta saya yang 8thn itu telah terkubur. saya diam sejenak.suami pula menanti jawapan.dia menangis. saya biarkan.. baru menyesal mungkin? saya peluk suami saya, saya bisik di telinganya.. ’abg bertaubatlah, solat taubat byk2. saya maafkan abg.. dan saya tiada dendam dalam hati’ suami pandang saya sambil menangis teresak2 dan bertanya adakah saya masih terima dia lagi.dan saya hanya mengangguk.

Dia menangis sambil memeluk saya, cium saya.. saya terus bin dan berwuduk.ketika solat lah br air mata saya jatuh.. pada Allah saya mengadu betapa hancur berkecainya hati saya ketika mendengar pengakuan itu.. hati saya tak tenang. saya baca surah ar rahman. Tersedu2, sebak yang tak tahu nk dicakapkan. Suami yang melihat turut menangis.dia tak sanggup tgk keadaan saya.. dia call ibunya dan berterus terang tentang dosanya dan ibunya turut menangis dan meminta untuk bercakap dan saya. saya tak mampu untuk berkata2 ketika itu. saya hanya menangis dan menangis.. suami cerita, dia tak tahu knp dia boleh berubah sebegitu sekali. saya tanya apa yang kurang pada saya, dia kata tiada apa yang kurang. saya ada rupa, 1000tak cantik pada janda tersebut. saya solat, saya taat pada suami. saya bekerja, saya dah bg dia anak.. saya tutup aurat.ape lagi??

suami kata dia macam lupa diri.. dia taktahu knp dia bodoh macam tu.dia menyesal dan ingin lari di perempuan itu tapi perempuan itu ugut untuk beritahu dosa mereka pada saya.. sebab tu dia terpaksa stay berhubung untuk tutup mulut perempuan tersebut.

Mmg, sakitnya ya Allahhh…. Dia saja yang tahu. saya hanya bertahan untuk sekejap.kemudian saya tak boleh lupa dan mula rasa ingin mrh. saya minta cerai pada suami dan suruh suami kahwini perempuan tersebut.tapi suami tak nk. dia kata mati hidup balik pun dia tetap tak kan ceraikan saya. pada saat itu saya kerap menangis.. tambahan pula perempuan tu mengamuk2 pada suami dan saya.. habis dia cerita semua yang saya tak tahu.. yang amat menyakitkan. Perempuan tu hantar msg pada saya dan menyuruh suami saya hubungi dia.(suami dah patahkan simcard). saya bls msg ya dan nyatakan tiada apa yang belum selesai. saya dan suami saya baik2 saja. Pastu, dia balas dan kata tahniah kpada saya kerana bersuamikan ya. perempuan tu kata lagi, pastikan suami saya tak cari dia seperti mana suami saya mencari dia ketika saya melakukan operation dulu..

Ya tuhan, ketika aku bertarung nyawa melawan penyakit, suamiku curang… sedih dan pilu hati ni taktah nk khabarkan macam mana..

tapi Allah nk ada.. siapa la yang tak marah.. memang saya mrh.tapi saya belajar untuk memaafkan dan melupakan.. saya minta suami untuk menghargai pengorbanan saya. saya minta untuk dia tak lupa Allah tu ada.. mcm2 suami tipu, tapi Allah bantu saya beri petunjuk..

Alhamdulillah, kami kekal sampai sekarang.. anak saya pn telah selamat lahir.. kami cuba untuk lupakan segalanya. kami buka buku baru.. suami pun dah berubah. sebab dia tahu, tiada lagi peluang jika sejarah berulang. jika berulang lagi, sememangnya tiada maaf bagimu. saya ada gaji sendiri, saya ada rupa, saya ada anak dah dan saya ada Allah. apa ade hal?

Mungkin ramai yang kata saya bodoh sbb saya bg peluang.tapi bagi saya, lagi bodoh jika saya meruntuhkan masjid sendiri.. saya yakin, Allah itu ada. Pasti ada hikmah kenapa saya diduga sebegitu rupa, mungkin isteri2 di luar sana akan ambil jalan cerai.. mungkin, balas dendam..

Sabar sahabat2ku, Allah itu ada.. kita kena percaya qada dan qadar. Kuat lah, bangkitlah, tunjuk pada dunia tangan lembut kita mampu menggoncang dunia.. yakinlah ALLAH ITU ADA~

Allah.. Allah.. Allah.. :’( 
PETUA!! Cara menguruskan badan dengan mendadak


Terdapat beberapa cara anda boleh mengekalkan metabolisme anda menanda. Senaman yang kerap, Menu yang dirancang dengan betul dan diet yang lebih baik adalah semua elemen-elemen penting yang boleh bekerja bersama-sama untuk mengekalkan metabolisma tinggi. Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah Kumpulan makanan yang banyak percaya mempunyai ciri-ciri yang merangsang metabolisma. Makan makanan ini semata-mata tidak akan super mengenakan metabolisma anda. Walau bagaimanapun, pelaksanaan mereka sebagai sebahagian daripada satu keseluruhan metabolisma yang meningkatkan pelan boleh benar-benar meningkatkan keberkesanannya. Dalam artikel ini, saya menerangkan makanan ini dan bagaimana mereka boleh membantu metabolisma tinggi.
1) Makanan SUPER:-ini adalah makanan yang dipercayai untuk membantu penurunan berat badan, meningkatkankadar metabolisme anda, mengurangkan paras kolesterol, mengurangkan risiko penyakit jantung dan meningkatkan mood anda. Makanan Super termasuk; kacang, blueberry, saderi, limau gedang, oren, labu, ikan salmon, tomato, walnut dan yogurt.
MAKANAN PEDAS 2):-makanan pedas yang dipercayai akan meningkatkan kadar metabolisme anda buatsementara waktu dengan menaikkan suhu badan anda yang meningkatkan denyutan jantung anda dan membawa kepada peningkatan bilangan kalori yang dibakar. Makanan pedas juga dianggap mempunyai sifat-sifat thermogenic yang menggalakkan proses pembakaran lemak badan. Apabila memilih makanan pedas yang ada banyak pilihan untuk anda seperti; Buffalo wings, makanan India, Mexico makanan, lada dan makanan thai.
Apabila makan makanan pedas adalah amat penting untuk memastikan bahawa anda tidak lebih menikmati. Pertama, anda hendaklah tidak lebih daripada menikmati kerana kesan pedas pembakaran lemak makanan kedua-dua terhad dan sementara. Kedua, Makan terlalu banyak boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan yang negatif termasuk; ulser perut, kerengsaan saluran penghadaman, asid reflux (yang boleh membawa kepada hearburn) dan walaupun rosak tastebuds.
3) Benih LABU:-benih Labu adalah merupakan makanan snek yang sihat terutamanya. Mereka adalah tinggi dalam protein, kaya dengan serat dan yang paling penting rendah kalori. Kandungan serat yang tinggi menjadikan ia lebih sukar untuk badan memproses benih Labu, bermakna bahawa lebih banyak kalori dibakar dalam proses penghadaman.
Selain daripada metabolisme mereka meningkatkan sifat-sifat biji Labu yang tinggi zink yang dikenali untuk meningkatkan sistem imun dan mengekalkan kesihatan prostat lelaki semasa hidup di masa hadapan. Biji Labu juga difikirkan untuk menggalakkan sistem penghadaman yang sihat.
4) Air:-OK yang saya tahu air bukan teknikal makanan tetapi air minuman dan tinggal terhidrat adalah penting jika anda mahu mengekalkan metabolisme anda bekerja pada kadar yang berkesan. Jika anda tidak minum air yang cukup badan anda beralih ke mod pengekalan air yang mengurangkan jumlah kalori badan anda akan membakar. Oleh itu, memakan lapisan air yang mencukupi akan membantu mengekalkan kadar metabolisme anda tinggi.
Meningkatkan kadar metabolisme anda adalah satu proses yang kompleks yang bergantung pada beberapa faktor. Seperti yang saya sebutkan sudah makan makanan ini sahaja akan tidak serta-merta meningkatkan metabolisma. Makan terlalu banyak, dalam keadaan tertentu, boleh juga mengehadkan kadar metabolisme anda dan merosakkan badan anda. Walau bagaimanapun, dengan menggabungkan makanan di atas ke dalam diet anda dengan cara yang dikendali dan dikawal, anda boleh mengambil langkah-langkah pertama anda ke arah metabolisme yang lebih baik.

CARA MENGELAKKAN DITINDIH SEMASA TIDUR(PENTING!!)




Saya tidak menafikan bahawa kebanyakan daripada kita pernah mengalami kejadian pelik ketika kita sedang tidur. Sama ada ianya ialah mimpi pelik, mimpi ngeri, tidur berjalan dan sebagainya. Tetapi satu topik yang selalu dibicarakan dan menjadi tanda tanya kepada masyarakat umum ialah ‘Dihempap Ketika Tidur‘.

Dihempap Ketika Tidur 

Untuk pengatahuan anda, dihimpit ketika tidur merupakan satu fenomena dimana badan kita terasa seperti ditindih atau lumpuh ketika tidur dan dipercayai berkaitan dengan perkara mistik. Penulis percaya, tak ramai daripada anda yang akan percaya dengan apa yang akan diceritakan nanti, hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja yang akan faham kebenaran entri ini.

Satu soalan yang selalu dikemukakan kepada saya ialah: “Betul ke bang kalau waktu tidur, kita dihempap dan itu ialah satu jenis gangguan makhluk halus? Atau pun ianya sekadar mainan tidur dan masalah fisiologi dan psikologi sahaja? Kalau benar ianya gangguan makhluk halus, bagaimana kita hendak membezakannya?”

Ini ialah satu persoalan yang mudah penjelasannya. Sejak dahulukala lagi masyarakat Asia telah dimomokkan dengan mitos dan ketahyulan mengenai subjek ini : tiada kaedah dan penjelasan yang jelas. Tidak terkecuali juga perawat perawat tradisional yang tua dan muda, pernah saya tengok tergagap gagap nak menjawab soalan mudah seperti ini.

Didalam istilah sains, dihimpit atau dihempap ketika tidur ini digelar sebagai ‘sleep paralysis’.. Sleep paralysis nih terjadi akibat tidur kita terlalu lena dimana semua organ badan kita berehat kecuali otak (medulla oblongata), jantung dan paru-paru sahaja.. Ketika kita sedang syok tidur tuh tiba-tiba otak kita teraktif sedikit maka, secara automatiknya kita akan sedikit tersedar ketika masih didalam fasa tidur dimana keadaan anggota badan kita ketika itu masih lagi didalam keadaan rehat (tidur).. Jadi akibat dari itu, kita akan merasakan badan kita seolah-olah lumpuh dan langsung tidak boleh bergerak serta sedikit lemas, ape lagi.. panik terus la kan?

Akan tetapi sehingga ke hari ini, saintis masih lagi tidak dapat mengkaji bagaimana mimpi ngeri itu boleh wujud disaat kita kena himpit tu misterikan?

Percayalah pada saat itu kita sebenarnya masih belum tersedar sepenuhnya, tetapi hanya separa sedar sahaja.. sebab itulah kita akan terasa sangat-sangat mengantuk dan juga mamai giler semasa kena himpit tuh.. apabila kita cuba untuk meronta-ronta, kita akan merasakan bahawa badan kita seolah-olah bergerak sikit-sikit tetapi hakikatnya badan kita sedikit pun tidak bergerak

Satu lagi, kita juga tidak akan dihimpit apabila kita tidur didalam keadaan duduk, memang sangat-sangat misteri! Akan tetapi, kita sebagai umat islam memang tak salah untuk percaya bahawa itu adalah gangguan syaitan. Rasullullah saw pun pernah menyebut tentang perkara ini kalau nak lebih detail lagi sebaiknya rujuk Ustaz ataupun Ustazah.

Cara Mengelakkan Daripada Dihimpit Ketika Tidur 

Kaedah Islam 

Untuk pengatahuan anda, syaitan bukan sahaja mempengaruhi hati manusia tetapi juga mimpi yang dialami oleh manusia. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan:

 الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ مِنْ اللَّهِ وَالْحُلُمُ مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِذَا حَلَمَ أَحَدُكُمْ حُلُمًا يَخَافُهُ
 فَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ وَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ شَرِّهَا فَإِنَّهَا لاَ تَضُرُّهُ 

Mimpi yang baik adalah dari Allah manakala mimpi yang buruk adalah dari syaitan. Maka apabila seseorang kalian mengalami mimpi buruk yang menakutkannya, hendaklah dia meludah ke arah kirinya dan minta perlindungan dari Allah dari keburukannya kerana setelah itu ia (mimpi tersebut) tidak akan mengakibatkan apa-apa kemudaratan.

Rasulullah s.a.w. mengajar kita agar berlindung kepada Allah apabila didatangi mimpi-mimpi yang menakutkan, dengan menyebut a’uzubillah, ayat Tiga Qul dan sebagainya, kemudian meludah (hoiit ptuihh!) ke bahagian kiri dengan tiga kali ludah, yang ringan (anda jangan ludah betul-betul pulak ok! sekadar memadai dengan isyarat hembusan semata-mata, dengan tanpa mengeluarkan sedikit pun air liur basi dari mulut anda), kemudian cuba beralih tempat tidur iaitu dengan mengubah posisi tidur. Daripada mengiring kiri, ubah mengiring kanan atau pindah ke tempat lain.

Rasulullah juga mengajar kita agar mengibaskan tempat tidur sebanyak tiga kali dengan kain sebelum baring. Rasulullah pada setiap malam ketika berada di tempat pembaringan, merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya kemudian meniup kedua-duanya dan membaca surah Tiga Qul, kemudian menyapu badannya dengan kedua-dua tapak tangan, yang dimulakan daripada kepala, muka dan seluruh tubuh yang tercapai oleh kedua-dua tapak tangannya sebanyak tiga kali.

Yang dimaksudkan dengan Tiga Qul di sini ialah surah an-Nas, al-Falaq dan surah al-Ikhlas. Serahlah diri kepada Allah. Terlalu banyak doa yang boleh dibaca yang berkaitan dengannya di antaranya ialah doa yang bermaksud, Ya Allah, dengan menyebut nama-Mu, ya Tuhanku kuletakkan lambungku, maka ampunilah dosaku.

Setelah itu barulah membaca ayat al-Kursi dengan lidah. Baca ayat al-Kursi dalam hati apabila lidah mula tidak berupaya menyebutnya sehingga tertidur. Disebutkan dalam sebuah hadis bahawa orang yang membaca ayat al-Kursi ketika berada di tempat pembaringan, Allah akan mengutus dua malaikat menjaganya sehingga subuh.

Perbanyakkan istighfar ketika di tempat pembaringan. Allah mengampuni dosa-dosa mereka yang beristighfar tiga kali ketika berada di tempat pembaringan biarpun dosanya sebanyak buih di laut, sebanyak bintang di langit ataupun sebanyak pasir di pesisiran pantai. Akhir sekali jangan lupa membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar).

Banyak kaedah yang merangkumi zikir-zikir dan kaifiat tertentu yang diajar oleh Rasulullah dalam usaha mengatasi masalah tidur. Kaedah ini berbeza-beza, menurut tahap-tahap serius gangguan yang dialami.

Perbanyakkan istighfar ketika di tempat pembaringan. Allah mengampuni dosa-dosa mereka yang beristighfar tiga kali ketika berada di tempat pembaringan biarpun dosanya sebanyak buih di laut, sebanyak bintang di langit ataupun sebanyak pasir di pesisiran pantai.

Akhir sekali jangan lupa membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar). Banyak kaedah yang merangkumi zikir-zikir dan kaifiat tertentu yang diajar oleh Rasulullah dalam usaha mengatasi masalah tidur. Kaedah ini berbeza-beza, menurut tahap-tahap serius gangguan yang dialami.

sumber

Monday, 9 March 2015

NAMA YANG DILARANG UNTUK ANAK KITA (MESTI BACA)



Nama DilarangArti
AbiqahHamba yang lari dari tuannya

AbkamButa; tidak melihat
AfinahBodoh; dungu
AmahHamba suruhan perempuan
AsyarPaling jahat
AsyirahYang tidak bersyukur atas nikmat
BaghiahZalim; jahat
BahimahBinatang; hewan
BakiahMenangis; merengek
BalidahBodoh; dungu; bebal
BaqarahLembu; sapi betina
BatilahBatil; salah; buruk
DabbahBinatang; hewan
DahisyahGoncang; stres
DahriyahMempercayai alam wujud dengan sendirinya
Dami'ahMengalir air matanya
DaniyahLemah dan hina
DarakahKedudukan yang rendah
Faji'ahKecelakaan
FajirahJahat; yang berdosa
FasidahRusak; yang binasa
FasiqahJahat; fasik
FasyilahGagal; kalah
GhafilahLalai; lupa
GhaibahHilang; lenyap
GhailahKecelakaan; bencana
GhamitahTidak mensyukuri nikmat
GhasibahPerampas; perompak
GhawiahSesat; mengikuti hawa nafsu
HaqidahDengki; iri; sirik
HasidahHasad; fitnah
HazinahSedih
HuznKesedihan
JafiahTidak suka berkawan; menyendiri
JariahHamba suruhan perempuan
KafirahKafir; yang ingkar
KaibahSedih
KamidahSangat berduka
KazibahPendusta; pembohong
KhabithahJahat; keji
Khali'ahMengikuti hawa nafsu
KhamrahArak; tuak
KhasirahRugi; bangkrut
Khati'ahBersalah; berdosa
La'imahTercela
LaghiahSia-sia; tak bermanfaat
LahabBara api
LahifahSedih; menyesal dan dizalimi
LainahTerkutuk
MajinahBersenda gurau tanpa perasaan malu
MajusiahAgama menyembah api atau matahari
MaridahDurhaka
MunafikahMunafik
MusibahCelaka; bencana; kemalangan
NajisahNajis dan kotor
NariahApi
NasyizahDurhaka dan melawan suami
QabihahBuruk; bodoh
QasitahMelampaui batas dan keluar dari kebenaran
QatilahPembunuh
QazurahKejahatan; perzinaan
RajimahDirajam; dilaknat
Razi'ahKecelakaan; musibah
RazilahKeji dan hina
SafilahRendah dan hina
SahiahPelupa
SakirahPemabuk
SakitahJatuh; hina; jahat
SyafihahBodoh
Syani'ahBuruk; jelek
SyaqiyahMenderita; sengsara
SyaridahDiusir
SyariqahPencuri
SyarisahBuruk akhlak
Syarrul BariyyahSejahat-jahat manusia
SyatimahSuka memaki; mencela
TafihahKalut; kacau
TalifahRusak; binasa
TalihahTidak baik
TarikahAnak dara tua
WahiahLemah; yang jatuh; yang buruk
WahimahLemah
WahinahPenakut; pengecut
WailahBencana; Keburukan
WajilahPenakut; pengecut
Waqi'ahmengumpat; caci maki
WaqihahTidak sopan dan malu
WasikhahKotor
WasyiahMengumpat; mengadu domba orang
YabisahKering; sedikit kebaikannya
YaisahBerputus asa; patah semangat
ZalijahKebinasaan; kehancuran
ZalilahHina
ZalimahZalim; jahat
ZaniyahPezina; pelacur
ZufafahRacun pembunuh