Monday 22 June 2015

Anak Kantoikan Aktiviti Seks Ibu Bersama Lelaki!!

Anak Kantoikan Aktiviti Seks Ibu Bersama Lelaki

khalwat-
Kota Bharu
 – Seorang janda anak tiga berusia 41 tahun bukan sahaja ditangkap khalwat buat kali kedua bersama kekasihnya yang berumur 30 tahun, malah turut ditahan kerana memiliki senjata tajam iaitu parang panjang, pistol gas dan gari.
Pasangan itu ditangkap oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan jam 1 pagi kelmarin di rumah sewa wanita berkenaan di Kampung Padang Mokkan, Peringat, di sini.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, mereka kemudian didakwa di Mahkamah Syariah Kota Bharu dan sejurus itu pada jam 4 petang hari sama, kedua-duanya ditahan pasukan khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kota Bharu di pekarangan mahkamah.
Katanya, hasil soal siasat jam 5.30 petang, polis menyerbu rumah sewa wanita terbabit di Kampung Padang Mokang dan merampas sepucuk pistol gas, dua pasang gari serta sebilah parang panjang.
“Ia susulan aduan anak wanita itu yang berusia 15 tahun mendakwa ternampak teman lelaki ibunya memiliki sepucuk pistol yang tersisip di pinggang.
“Anaknya juga melihat dua pasang gari yang disimpan di dalam laci di bilik tidur ibunya,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, suspek lelaki adalah bekas polis yang kini bekerja sebagai penjual emas manakala suspek wanita menguruskan perniagaan kosmetik.
Katanya, pasangan kekasih terbabit ditahan reman tujuh hari dan lelaki itu mengaku barang yang dirampas miliknya.
Beliau berkata, pasangan itu disiasat mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, lapor Harian Metro.

No comments:

Post a Comment