Wednesday 4 March 2015

Perbezaan 4-stroke dan 2-Stroke Yang Perlu Kita Tahu

tak semua tahu perbezaan antara 2-lejang dan 4-lejang, disini ada sedikit info mengenai perbezaannya


4-Lejang / 4-Stroke

Kenapa di panggil 4-lejang.? Kerana untuk melengkapkan proses pembakaran 
dalam kitaran enjin memerlukan 4 proses iaitu mampatan(intake), mampatan(compression), kuasa(power) & ekzos.


kitaran 4-lejang
1. Intake - Ketika ini piston bergerak ke bawah & menyedut campuran udara & bahan api(minyak).

2. Compression - Piston akan mula bergerak ke atas setelah campuran udara & minyak berlaku & pada masa yang sama juga plug akan menghasilkan api(spark).

3.Power - Pada tahap ini, kuasa akan terjadi akibat dua(2) proses sebelumnya. Spark yang kuat akan menghasilkan kuasa yang lebih. Kuasa ini yang akan membantu menggerakkan motor kita.

4. Ekzos - Proses terakhir ialah untuk membuang karbon yang terjadi. Piston akan di tolak keatas & injap akan di buka bagi memberi laluan kepada karbon untuk keluar melalui lubang ekzos yG akhirnya di sebut asap.



Kebiasannya motorsikal yang berenjin 4-lejang ini mudah untuk di jaga kerana selain mengisi petrol anda hanya perlu mengisi minyak hitam atau pun 4T. 4T ini merupakan pelinciran kepada proses yang terjadi dalam kitaran 4-lejang tadi. Sebab itu minyak itu di sebut 4T. Biasanya terdapat pelbagai jenis 4T. Bermula dari yang terdiri dari bahan mineral, semi-synthetic & full-synthetic. Yang terbaik pastilah full-synthetic sebab ianya membantu dari segi penjagaan enjin. Pastikan anda selalu check paras minyak hitam sebab ianya amat penting.


CONTOH MOTO 4-LEJANG

2-Lejang / 2-Stroke

2-lejang pula merupakan ringkasan kepada model 4-lejang. Proses kitaran tetap sama iaitu intake, compression, power & ekzos. Tetapi yang menjadikan ianya unik adalah kerana model 2-lejang ini tidak mempunyai injap tetapi hanya berpandukan kepada rod & piston sahaja yang bergerak.


kitaran 2-lejang
1. Intake & compression - Piston akan bergerak ke atas & seterusnya berlaku proses compression campuran antara udara, bahan api(minyak) & pelincir.
2. Power & ekzos - Pada ketika ini, plug akan menghasilkan spark & proses pembakaran yang sempurna antara campuran berlaku & memaksa piston untuk bergerak ke bawah. Ketika ini berlaku dua(2) proses serentak iaitu karbon akan di tolak keluar melalui lubang ekzos sebagai asap & udara akan di sedut dari karburator untuk kitaran seterusnya.
contoh motorsikal 2-lejang
Motor 2-lejang ini senang nak dikenalpasti. Senang cerita motor yang berasap bagai tu 2-lejang lah. Walaupun sedikit mudah untuk dijaga tetapi ianya memerlukan proses penjagaan rapi. Jika motor 4-lejang anda hanya perlukan minyak petrol & 4T. Untuk 2-lejang anda perlu tambah minyak 2T dalam list penjagaan motor anda. Minyak 2T ini diperlukan ketika proses kitaran 2-lejang itu sendiri. Bahan asas pelincir adalah sama iaitu mineral, semi-synthetic & full-synthetic. Kena rajin jagalah supaya tak berlaku kerosakan pada motor anda.



Kalau anda perasan, walaupun ada model motorsikal 2-lejang & 4-lejang itu mempunyai (cc) yang sama tetapi motorsikal 2-lejang mampu menghasilkan kuasa dua(2) kali ganda dari keupayaan enjinnya. Contoh mudah, anda bandingkan antara Honda-Wave 125 dengan Yamaha 125z. Kedua-duanya 125cc tetapi kelajuan kedua-dua motorsikal tidak sama. Contoh lain, Honda CBR-150 menggunakan sistem 4-lejang menghasilkan kuasa 18bhp(kuasa kuda). Tetapi Honda NSR-150 yG menggunakan sistem 2-lejang pula menghasilkan kuasa 38bhp(kuasa kuda). Terlalu berbeza bukan? Tetapi keburukan tentang sistem 2-lejang yang paling tidak digemari ialah menghasilkan asap yang mencemarkan udara kita.

Sumber : aQi is CrezQa

No comments:

Post a Comment