Wednesday 4 March 2015

Tips Untuk Tahan Lama Tanpa Menggunakan Ubat-ubatan (untuk yang sudah berkahwin)


didalam rumah tangga, hubungan di atas katil juga amat penting, entry ini memberi tips untuk tahan lebih lama dan selain itu ia juga mampu mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

1. NIKMATI HUBUNGAN SEKSHubungan seks seharusnya dilakukan dengan penuh perasaan kasih sayang. Nikmati hubungan tersebut dengan melakukan secara perlahan dan tidak terlalu gelojoh atau terlalu pantas. Hubungan seks yang terlalu pantas hanya akan menyebabkan klimaks yang terlalu awal.

2. TENANGTidak perlu tergesa – gesa atau berperasaan kelam kabut ketika melakukan hubungan seks. Jika anda tergesa – gesa pasti akan datang inzal dengan cepat. Buang segala tekanan dan lakukan hubungan dengan perasaan tenang. Jangan tertekan, sebaliknya berikan yang terbaik ketika melakukan hubungan seks.

3. KAWAL PERNAFASANJangan bernafas terlalu laju. Sebaliknya bernafas secara relaks dan secara tidak langsung anda akan lebih tenang ketika melakukan hubungan seks. Jangan biarkan nafsu mengawal nafas anda. Kawal pernafasan secara sedar. Ketika mendayung, bernafas sekata dengan dayungan supaya gerakan anda lebih padu dan bertenaga. Jika nafas anda kelam kabut, anda pasti akan rasa tertekan dan akan alami pancutan atau ejakulasi pramatang.

4. BERSENAMLelaki yang bertubuh kurus atau mereka yang kurang mempunyai lemak badan lebih tahan lama ketika bersetubuh. Bagi yang bertubuh gempal, amalkan senaman dan kerap berjalan supaya badan akan menjadi lebih sihat. Seterusnya meningkatkan daya tahan ketika bersetubuh.

5. KERAP TUKAR POSISIKekal dengan hanya satu posisi akan membuatkan badan cepat terasa letih lantas menyebabkan lelaki cepat untuk menyelesaikan hubungan seks tersebut. Kerap tukar posisi supaya otot dapat berehat seketika dan kehendak klimaks akan turun dan hubungan seks akan kekal lebih lama.

6. REHAT 30 SAATKetika saat puncak, keluarkan zakar dari alat sulit pasangan selama 30 saat sambil menikmati tubuh badan isteri dan seterusnya mulakan kembali. Proses ini akan memanjangkan lagi daya tahan seks.

7. GUNAKAN KONDOMPenggunaan kondom bukan sahaja menjadikan seks lebih sihat malah dapat mengatasi pancutan awal. Kondom berkesan mengurangkan sensitiviti terhadap kepala zakar lantas menyebabkan hubungan seksual tahan lebih lama.

8. LUPAKAN MASALAHBagi mendapatkan hubungan yang lebih seronok dan tahan lama, elakkan daripada memikir sebarang masalah ketika mengadakan hubungan seks. Ini kerana ia akan mengganggu konsentrasi ketika hubungan seks lantas menyebabkan pancutan awal.

9. FOKUS KEPUASAN BERSAMALelaki yang inginkan hubungan intim tahan lama seharusnya fokus terhadap kepuasan diri dan pasangan dengan cara lebih menikmati tubuh badannya. Elakkan dari hanya memikirkan kepuasan diri sahaja kerana ia akan memaksa diri untuk cepat klimaks.


sumber : http://maskulin.karangkraf.com/sensual/9-trik-tahan-lama-di-ranjang-1.324435 - See more at: http://info.sukacuka.com/2014/10/9-tips-tahan-lama-di-ranjang/#sthash.G8iHlcbl.dpuf

No comments:

Post a Comment